BERITA - berita-politik-dunia.infogue.com -
Besut Lonih difahamkan bahawa ahli UMNO akar umbi daripada Bahagian Besut membuat bantahan mengenai keputusan yang dibuat oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri mengenai pencalonan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga Datuk Seri Najib Tun Razak yang masing akan mempertahankan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tanpa terlebih dahulu berbincang dengan ahli UMNO peringkat akar umbi.
Mereka juga menuntut agar biar akar umbi yang tentukan siapa yang akan menerajui UMNO dan bukanya pemimpin atasan yang tentukan siapa yang bakal mengepalai UMNO. Dengan memberi contoh kepada komen Datuk Seri S. Samy Vellu mengenai 'peralihan kuasa' di dalam MIC yang mengatakan tidak ada peralihan kuasa tetapi ahli akar umbi yang tentukan siapa yang bakal mengepalai pucuk pimpinan parti yang mewakili kaum india itu. Kata mereka lagi"lihat MIC pun tidak menggunakan sistem 'peralihan kuasa' di dalam organisasi mereka kenapa UMNO perlu menggunakan sistem 'peralihan kuasa'.Lihat Sumbernya
Dikirim
:
34 hari 22 jam lalu - dipopulerkan 34 hari 22 jam lalu